(Berikut adalah sebahagian dari petikan forum tersebut dan anggap ini sebagai bacaan sahaja)
Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakan buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.
Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya, betulkah?