HOT TODAY !!!

Ops Sulu - Pembentukan Malaysia Fakta Tuntutan Sabah Terbatal


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
KOTA KINABALU 8 Mac - Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo.

Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.

"Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.

"Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas.

Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian "sewa mati 1787" yang tertulis pajakan kekal.

"Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’)," katanya

Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold.

“Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah).

"Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini.

“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” katanya.

Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.

"Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas,” katanya.

Dalam perkemnga yang sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai "cession".

Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008.

"Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British," jelas beliau kepada Bernama.

Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ).

"Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan," katanya.

Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika.

Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ pada tahun 2001.

"Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu," katanya.

Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.

Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut.

"Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal 'cession money' itu sangat penting," katanya.

Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi 'ada bulan dan bintang'.

"Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya tahu ada perjanjian.

"Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina.

"Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja," katanya.



Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Kajian Sejarah Kesultanan Sulu



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Kerajaan Sulu - namanya sama betul tetapi lebih tepat sebagai Kesultanan Diraja Sulu - adalah monarki Islam tradisional rakyat Tausug; sebuah negara, kedua-dua sejarah dan wujud, yang kini terus kewujudannya di bawah kuasa tertinggi Republik Filipina. Antara putera dan ketua-ketua negara Filipina pertama, Berdaulat Sulu dianggap sebagai raja-raja perdana tradisional; dan maruah diraja mereka dan gaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri, sesuatu yang luar biasa bagi sultan-sultan Melayu, indisputably yang diiktiraf selama berabad-abad.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Sejarah Ringkas Mengenai Sulu Semasa


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
MNLF (Moro National Laberation Front) muncul hanya bermula pada tahun 1970-an atas inisiatif beberapa pemimpin awal berpendidikan tinggi ketika itu termasuk Nur Misuari. Kumpulan ini adalah Majoriti Tausug Islam dan sedikit dari suku Mindanao beragama Islam tapi berfahaman Mao Tze Tung dalam gerakan Ketenteraan militer untuk Republik Bangsamoro. MNLF masih ramai anggota yang berkubu di pedalaman Jolo.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Biro Siasatan Negara (NBI) Menyiasat Rumah Sulu - 6 Mac


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
(Laporan akhbar Filipina)
MANILA - Tiga lelaki yang mendakwa menjadi ejen Biro Siasatan Negara (NBI) melawat rumah Sulu Sultan Jamalul Kiram III di City Taguig pada Rabu 6 Mac.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Rajah Muda Agbimuddin Kiram Masih Hidup ! - 6 Mac



MANILA, Filipina-Sulu Sultan Kiram III Jamalul berkata abangnya, Raja Muda Agbimuddin Kiram, adalah hidup dan tanpa luka Walaupun udara berat dan serangan darat yang dilancarkan oleh pasukan Malaysia di Lahad Datu, Sabah pada Selasa.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - 30 Lagi Pengganas Sulu Maut - 6 Mac



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Mungkinkah Perang Dunia Ketiga Bermula Di Sulu?



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

(Berikut adalah sebahagian dari petikan forum tersebut dan anggap ini sebagai bacaan sahaja)

Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakan buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.

Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya, betulkah?


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Asal Usul Orang Tausug - Kesultanan Sulu



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Siapakah Mereka? (Kesultanan Sulu)

RAMAI yang tidak tahu asal-usul orang Tausug ini termasuk orang-orang Tausug sendiri. Siapakah mereka dan dari mana mereka datang?


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Sejarah Kesultanan Sulu


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

(Artikel ini adalah sebagai bahan bacaan sahaja)

Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Kenapa Sultan Sulu Menuntut Sabah?


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Sejarah tentang hak kesultanan sulu atas sabah..hmmm..kerana harta manusia sanggup berbunuhan..tak tahu ke harta tak boleh bawak masuk kubur?

MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu,
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Jangan Sebar Maklumat Di Alam Maya - Kempen Selamatkan Sabah



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Arahan dikeluarkan oleh pdrm.
Tolong sesama kita alert :
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Pencerahan Isu Lahad Datu


Sulu, Sultan Sulu, Sabah, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera...?? 

Persoalan Kenapa polis bukan tentera?



Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Seorang Lagi Maut Di Sabah - 3 Mac


Sulu, Sultan Sulu, Sabah, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

More Stories

Get this widget