HOT TODAY !!!

Ops Sulu - Pembentukan Malaysia Fakta Tuntutan Sabah Terbatal


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
KOTA KINABALU 8 Mac - Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo.

Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.

"Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.

"Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas.

Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian "sewa mati 1787" yang tertulis pajakan kekal.

"Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’)," katanya

Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold.

“Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah).

"Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini.

“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” katanya.

Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.

"Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas,” katanya.

Dalam perkemnga yang sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai "cession".

Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008.

"Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British," jelas beliau kepada Bernama.

Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ).

"Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan," katanya.

Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika.

Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ pada tahun 2001.

"Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu," katanya.

Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.

Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut.

"Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal 'cession money' itu sangat penting," katanya.

Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi 'ada bulan dan bintang'.

"Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya tahu ada perjanjian.

"Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina.

"Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja," katanya.



Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Kajian Sejarah Kesultanan Sulu



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Kerajaan Sulu - namanya sama betul tetapi lebih tepat sebagai Kesultanan Diraja Sulu - adalah monarki Islam tradisional rakyat Tausug; sebuah negara, kedua-dua sejarah dan wujud, yang kini terus kewujudannya di bawah kuasa tertinggi Republik Filipina. Antara putera dan ketua-ketua negara Filipina pertama, Berdaulat Sulu dianggap sebagai raja-raja perdana tradisional; dan maruah diraja mereka dan gaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri, sesuatu yang luar biasa bagi sultan-sultan Melayu, indisputably yang diiktiraf selama berabad-abad.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Sejarah Ringkas Mengenai Sulu Semasa


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
MNLF (Moro National Laberation Front) muncul hanya bermula pada tahun 1970-an atas inisiatif beberapa pemimpin awal berpendidikan tinggi ketika itu termasuk Nur Misuari. Kumpulan ini adalah Majoriti Tausug Islam dan sedikit dari suku Mindanao beragama Islam tapi berfahaman Mao Tze Tung dalam gerakan Ketenteraan militer untuk Republik Bangsamoro. MNLF masih ramai anggota yang berkubu di pedalaman Jolo.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Biro Siasatan Negara (NBI) Menyiasat Rumah Sulu - 6 Mac


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
(Laporan akhbar Filipina)
MANILA - Tiga lelaki yang mendakwa menjadi ejen Biro Siasatan Negara (NBI) melawat rumah Sulu Sultan Jamalul Kiram III di City Taguig pada Rabu 6 Mac.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Rajah Muda Agbimuddin Kiram Masih Hidup ! - 6 Mac



MANILA, Filipina-Sulu Sultan Kiram III Jamalul berkata abangnya, Raja Muda Agbimuddin Kiram, adalah hidup dan tanpa luka Walaupun udara berat dan serangan darat yang dilancarkan oleh pasukan Malaysia di Lahad Datu, Sabah pada Selasa.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - 30 Lagi Pengganas Sulu Maut - 6 Mac



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Mungkinkah Perang Dunia Ketiga Bermula Di Sulu?



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

(Berikut adalah sebahagian dari petikan forum tersebut dan anggap ini sebagai bacaan sahaja)

Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakan buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.

Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya, betulkah?


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Asal Usul Orang Tausug - Kesultanan Sulu



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Siapakah Mereka? (Kesultanan Sulu)

RAMAI yang tidak tahu asal-usul orang Tausug ini termasuk orang-orang Tausug sendiri. Siapakah mereka dan dari mana mereka datang?


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Sejarah Kesultanan Sulu


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

(Artikel ini adalah sebagai bahan bacaan sahaja)

Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Kenapa Sultan Sulu Menuntut Sabah?


Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Sejarah tentang hak kesultanan sulu atas sabah..hmmm..kerana harta manusia sanggup berbunuhan..tak tahu ke harta tak boleh bawak masuk kubur?

MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu,
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Ops Sulu - Jangan Sebar Maklumat Di Alam Maya - Kempen Selamatkan Sabah



Ops Sulu, Sulu, Sultan Sulu, Kesultanan Sulu, Sabah, Filipina, Philippines, Filipino, Pilipinas, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Arahan dikeluarkan oleh pdrm.
Tolong sesama kita alert :
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Pencerahan Isu Lahad Datu


Sulu, Sultan Sulu, Sabah, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera...?? 

Persoalan Kenapa polis bukan tentera?



Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Seorang Lagi Maut Di Sabah - 3 Mac


Sulu, Sultan Sulu, Sabah, Lahad Datu, Perang, Polis, PDRM, ATM, VAT 69, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Dynamic Views - Set The Background To Semi-transparent


Tutorial, Dynamic Views, Background, Semi-transparent, Background Semi-transparent, Magazine, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Before
Tutorial, Dynamic Views, Background, Semi-transparent, Background Semi-transparent, Magazine, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
After


Click [di sini] untuk melihat contoh blog.


Tutorial ini dibuat khas untuk blogger-blogger yang menggunakan 'Dynamic Views Template'.
Penggunaan 'Dynamic Views Template' adalah sangat terhad. Tidak banyak ubah suai yang kita boleh buat melalui aplikasi asal ataupun html/xml code kerana 'Dynamic Views Template' dibina untuk mereka yang inginkan blog mereka ringkas dan ringan.
Tetapi jangan risau. Dengan menggunakan beberapa trick "CSS Code" anda boleh memberi sedikit kelainan kepada blog anda.
Di sini saya akan menunjukkan trick bagaimana anda boleh mengubah 'background' anda (pengguna Dynamic Views Template) kepada separa-lihat (semi-transparent).
Syaratnya anda mestilah meggunakan "Magazine Dynamic Views Template"


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Domain Dot My - Successful Without Error


Domain, Domain Dot My, domain.my, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

Alhamdulillah... MF berjaya tukar domain ke dot my dengan berjaya dan no error. Dalam beberapa hari ni banyak MF tengok blog2 yang tukar domain ke dot my dapat masalah. Blog tak boleh access. Salah satunya sebab asiahost sedang meng'upgrade dot my ketahap yang lebih baik. Nasib baik masa MF buat xder masalah. Yeay... Akhirnya...


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Magic - Kegagalan Microsoft Words


Tutorial, Microsoft Words, Failed, Fail, Magic, Magik, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Sangat menakjubkan bila seluruh warga Microsoft termasuk Bill Gates tidak dapat menjawab tentang bagaimana masalah ini boleh berlaku.
Bila anda type code di bawah di dalam microsoft words, ianya akan menunjukkan satu magic.
Ianya dijumpai oleh seorang warga brazil.
Anda boleh cuba sendiri.

Type code di bawah di dalam Microsoft Words.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Prank Virus - Shutdown


Tutorial, Virus, Prank, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

Kali ini saya ingin berkongsikan tentang virus yang tidak merbahaya (virus tipu2). Virus ini hanya untuk 'prank' kengkawan anda. Jangan risau. Ia selamat. Ianya hanya akan memaparkan message anda sebelum me'shutdown' computer. Jom kita buat sekarang.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Software


Tutorial, Broadband, Internet, Laju, Overlimit, Over Limit, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com


Internet connection yang lembab memang melemahkan kita untuk melayari internet (online). Loading lambat memang membuatkan kita geram. Lebih-lebih lagi kalau nak tengok online video.Tapi anda jangan risau.
Kali ini saya ingin berkongsikan pula satu cara bagaimana anda boleh melajukan internet tanpa menggunakan software.
Caranya amat mudah. Mari kita lihat.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Batch File Melajukan Broadband Over Limit


Tutorial, Broadband, Internet, Laju, Overlimit, Over Limit, Batch File, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Mari kita lihat bagaimana membuat 'batch file' untuk melajukan internet broadband yang sudah overlimit (habis quota). Mudah. Copy, paste dan save dalam '.bat file'.

Ok. Sekarang copy code di bawah. Paste pada 'notepad' dan masukkan 'ip address' anda.


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Melajukan Broadband Over Limit


Tutorial, Broadband, Internet, Laju, Overlimit, Over Limit, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com

Bila broadband dah sampai limit, connection pun jadi lambat. Nak buka facebook pun nak kena tunggu lama loading page.
Ok, jangan risau. Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit, cara bagaimana anda boleh melajukan internet broadbandyang sudah over limit (habis quota). Mungkin tidaklah selaju broadband yang masih ada quota. Tapi bolehlah buat sedap-sedapkan hati.
Mari kita lihat bagaimana caranya.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Warning !!! Tutorial Membuat Virus Pemusnah !!!


Tutorial, Virus, .bat, Notepad, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Ini adalah tutorial untuk membuat salah satu virus pemusnah yang sangat simple dan senang.
Tetapi AWAS !!! Jangan suka2 guna virus ni untuk tujuan JAHAT. Tutorial ini hanyalah bertujuan pembelajaran dan pengetahuan sahaja. Kalo korang buat jugak, dosa sendiri tanggung. Wahahahah...


Mudah. Copy, paste dan save dalam '.bat' file. Sekali click, jahanam computer. Huhuhuhu...


Ok, sekarang copy code di bawah:
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Bagaimana Sembunyikan Text Rahsia Pada Gambar - Steganography


Steganography, Notepad, Tutorial, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Bagaimana nak sembunyikan teks pada gambar? Seni ini dipanggil steganography. Ia biasanya digunakan untuk menyampaikan mesej rahsia (konon2 rahsia) melalui gambar.


Ia biasanya digunakan oleh mereka2 yg bergerak secara rahsia (underground) dan juga biasa digunakan oleh hackers.
Jom kita tgk macam mana nak buat steganography ni.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Secret Penggunaan Notepad


Notepad, Tutorial, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Ramai yang masih tidak tahu tentang apa sebenarnya kegunaan 'notepad'. Kebanyakan mereka hanya beranggapan 'notepad' pada computer atau laptop itu hanya untuk menulis nota2 ringkas sahaja.


Sebenarnya banyak kegunaan 'notepad' ini. Salah satunya adalah untuk membuat simple program seperti virus dan sebagainya. Di sini aku nak tunjukkan serba sedikit tentang 'command'2 yang boleh digunakan melalui notepad untuk kegunaan yang selamat. Sangat mudah.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

Sembunyikan Rahsia (Teks) Dalam Notepad


Notepad, Tutorial, Mohd Fauzrin Network, mohdfauzrin, Mohd Fauzrin, mohdfauzrin.my, mohdfauzrin.blogspot.com
Teks rahsia dalam notepad? Mungkin ini berguna untuk anda sekiranya anda ada teks-teks yang mungkin bersifat peribadi atau rahsia dan ingin disembunyikan tanpa dikesan dan mudah.
Syaratnya internal hardisk / external hardisk / flashdisk anda mestilah ber format NTFS. Secara umumnya internal hardisk yang menggunakan windows adalah ber format NTFS.
Jadi, mari kita lihat bagaimana kita boleh sembunyikan teks dalam notepad dengan cara yang mudah dan sukar dikesan.
[Read More]


Icon Icon Icon Icon
Mohd Fauzrin Network

More Stories

Get this widget